Open Account Trading Carries Risk
Pendidikan

Trade Forex Modal Kecil? Belajar Cara-cara Ini!

Bila kita dengar pasal pelaburan, mesti ramai orang Malaysia yang teragak-agak. Samalah juga kalau diorang dengar perkataan trading forex atau seangkatan dengannya. Mesti ramai yang anggap susah nak main forex atau mana-mana pelaburan sebab perlukan modal yang besar (hakikatnya tidak pun!). Jangan risau, walaupun dengan modal kecil, korang masih boleh trading forex!

Tak perlu risaulah kalau korang tidak ada modal yang besar. Modal yang kecil pun sudah memuaskan. Memanglah, kalau korang ada modal yang besar yang disalurkan setiap bulan kepada akaun pelaburan atau forex korang itu, memang bagus. Semakin banyak amaun yang dimasukkan, semakin konsisten, semakin mantap pelaburan korang.

Tapi, katakan korang tak dapat masukkan amaun yang banyak setiap bulan, amaun yang sedikit pun boleh. Yang penting, korang pastikan amaun yang dimasukkan konsisten setiap bulan. Asalkan korang jenis tak lupa masukkan duit sebulan, dah cukup bagus dah. Biar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Kalau korang perasan, banyak platform, aplikasi dan broker forex yang korang boleh guna sekarang ini. Kebanyakan antara diorang pun, korang tak perlu ada duit modal yang banyak. Modal kecil pun memang dah boleh. Sebagai contohnya, kalau korang berdisiplin masukkan duit sebanyak USD100 setiap bulan,korang masih akan dapat banyak keuntungan juga di kemudian hari.

Baca artikel ini untuk tahu teknik trading forex yang korang boleh amal dan praktiskan.

Ambik langkah pertama korang dan mula trade forex dengan TIOmarkets!

9 cara main forex dengan modal kecil

Kalau korang baru saja berkecimpung dalam dunia trading forex ini, admin amat galakkan korang untuk mula dengan modal kecil. Janganlah terus main dengan modal besar-besar. Sebagusnya, korang mula dulu dengan modal kecil dan naikkannya sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya, korang akan berasa lebih konfiden dan yakin dengan cara ini.

Ini admin akan jelaskan beberapa cara yang korang boleh praktis main forex dengan modal kecil. Dah keluarkan buku nota dan pen? Atau, siap-siap bookmark artikel ini.

1. Pastikan diri korang ada asas trading forex

Walaupun penting untuk tahu segala perkara asas sebelum korang buat sesuatu perkara, ini mungkin bukan cara yang sesuai untuk sesetengah trader. Ada yang perlu cuba terlebih dahulu untuk lebih memahami perkara-perkara asas trading forex.

Yang pastinya, korang perlu memastikan yang korang sentiasa berusaha untuk memahami sepenuhnya konsep asas trading forex, dan perkara lain seperti seperti pengurusan risiko dan analisis teknikal.

Isikan masa lapang korang dengan perkara-perkara berfaedah. Korang boleh gunakannya untuk pergi menghadiri kelas forex, seminar atau meminta bimbingan daripada yang lebih pakar. Korang siap boleh menggunakan akaun demo terlebih dahulu untuk menguji kemahiran sebelum mempertaruhkan modal sebenar untuk trading forex.

Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh baca artikel ini untuk tahu pengenalan forex trading dengan lebih mendalam.

2. Leverage

Cara leverage ini adalah bila korang buka posisi trading yang lebih besar dengan hanya dibekalkan modal kecil. Kalau nak tahu, ini dibolehkan sebab korang dapat membuka posisi yang lebih besar kerana wang itu dipinjam dari broker. Kiranya, korang tak perlukan keluar modal yang besar untuk cara ini. Tidak ke untung itu?

Malangnya, teknik ini juga dikenali sebagai pedang berbilah dua atau doubled-edged sword. Ini kerana selain dari korang boleh mendapat keuntungan yang besar dengan modal kecil, korang juga boleh mendapat kerugian yang besar.

Contoh senanglah, katakan korang ditawarkan leverage pada nilai 1:4. Kalau untung, korang dapatlah keuntungan yang empat kali ganda dari modal asal. Begitu juga sebaliknya kalau korang dapat kerugian juga.

3. Pengurusan risiko dan modal

Tahap ketahanan risiko – perkataan ini akan selalu korang dengar dalam dunia pelaburan dan forex. Apa yang admin maksudkan dengan tahap ketahanan risiko adalah jumlah amaun wang yang korang boleh rugi. Kiranya, kalau korang rugi dan amaun kerugian itu tidak melebihi tahap ketahanan risiko sendiri, korang takkan risau dan gelabah.

Untuk menjadi trader yang bagus, korang kenalah pandai kawal dan uruskan tahap ketahanan risiko dan modal masing-masing. Kalau tahap ketahanan risiko korang rendah, contonya 5% dari US$100, pastikan setiap transaksi yang dibuat korang akan dapat keuntungan. Kalau rugi pun, pastikan tidak melebihi dari 5% itu (menangis tak berlagu nanti!).

Ingat – tahap ketahanan risiko korang itu mungkin berbeza dengan trader yang lain. Jadi, jangan main semberono saja ikut trader yang lain bila buat keputusan. Berkemungkinan besar tahap ketahanan risiko diorang berganda kali tinggi dari korang.

4. Pilih saiz lot yang sesuai (bila buat transaksi forex)

Nasihat admin, bila korang nak pilih saiz lot yang sesuai, jangan melebihi tahap ketahanan risiko korang juga. Perkara ini mungkin nampak asas tapi merupakan salah satu perkara yang mudah dilupa oleh para-para trader. Kalau korang nak berjaya dalam dunia forex ini, kena lebih berhati-hati dalam perkara ini.

Sebagai contohnya, modal korang adalah sebanyak USD100. Saiz lot yang korang boleh pilih paling banyak pun adalah sebanyak 0.05. Kalau korang melebihi dari saiz lot tersebut, berkemungkinan besar korang akan menghadapi kerugian besar. Mana taknya, risiko untuk saiz lot lebih dari 0.05 untuk USD100 adalah tinggi.

Mungkin korang rasa cara ini sangat merumitkan disebabkan oleh saiz lot yang kecil. Percayalah, cara ini akan buat korang lebih tahan lama dalam forex trading. Pada masa yang sama, ia akan melatih korang untuk jadi lebih konsisten.

5. Kawal emosi manusia biasa

Walaupun korang pernah mendengar kisah kejayaan trader forex dalam masa singkat, ini bukanlah realiti yang sebenarnya, Dia bukan juga seperti skim cepat kaya yang korang boleh sertai macam itu saja. Nak tak nak, kena terima yang dunia forex adalah perkara yang korang kena berusaha untuk berjaya (cepat atau lambat itu belakang kira!).

Benda pertama yang korang kena perhati adalah tahap kesabaran yang tinggi. Ya lah, kejayaan bukan boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia akan mengambil sedikit masa untuk korang berjaya. Yang penting, korang konsisten dan sentiasa sabar dalam setiap transaksi forex trading korang. Ia akan mengambil masa lama untuk korang dapat trade dan memperoleh keuntungan secara konsisten.

Sebagai manusia, korang mungkin sangat mudah untuk terpengaruh dengan trader-trader lain. Lagi-lagi kalau nampak diorang hidup dalam keadaan mewah dengan hasil transaksi forex. Jadi, korang pun terburu-buru untuk ikut kejayaan mereka.

Untuk berjaya dalam forex, korang kena kekalkan target sasaran sendiri lebih-lebih lagi sebab korang ada modal yang kecil. Jangan terlalu kejar keuntungan sangat sehingga beratus-ratus kerana ia mungkin menjadi punca forex trading korang gagal!

6. Instrumen trading forex

Salah satu perkara penting berkaitan trading forex adalah jenis pasangan matawang yang korang pilih. Dalam dunia forex, ada 2 jenis pasangan matawang yang korang boleh pilig iaitu jenis major dan minor.

Pasangan matawang major: *EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.

Pasangan matawang minor / cross pairs: EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan lain-lain.

*Nota: EUR (Euro), GBP (Pound sterling), JPY (Japanese yen), AUD (Australian dollar), NZD (New Zealand dollar) & CHF (Swiss Franc)

Kalau korang ada modal yang kecil, admin nasihatkan korang untuk pilih instrumen atau jenis pasangan matawang major. Ini kerana sebab ia lebih mudah untuk korang lakukan transaksi forex, sama ada untuk dijual atau dibeli.

Kalau korang nak tahu, jenis pasangan matawang major itu dianggap lebih popular disebabkan berkaitan rapat dengan USD. Jadi, yang korang boleh pilih adalah di antara EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.

Korang pun tak perlu untuk membuka posisi transaksi forex di pasaran terlalu lama. Ini kerana korang perlu fokus kepada satu atau dua pasangan mata wang yang memberikan keuntungan yang bagus untuk korang. Jadi, korang tiadalah banyak sangat melakukan kesilapan dalam trading forex dan kehilangan wang.

7. Trade forex dalam amaun kecil, tapi konsisten

Disebabkan korang mempunyai modal yang kecil, korang perlu kena lebih berusaha untuk jadi konsisten dalam mebuat transaksi trading forex. Kalau korang tidak konsisten, semakin susahlah untuk korang dapat keuntungan sebab modal pun tidak besar sangat.

Jadi, korang perlu jadi lebih bijak dalam mengatur jadual trading forex masing-masing. Korang perlu meletakkan sasaran untuk trading dengan jumlah yang kecil setiap minggu sambil mengasah kemahiran bila bermain forex.

Sebagai contohnya, korang mula bermain dengan modal USD10 sehingga USD50 untuk setiap transaksi. Dapatlah korang bermain forex dengan risiko yang lebih rendah tanpa menjejaskan modal masing-masing. Kaedah ini mungkin memberikan pulangan yang rendah tetapi ia lebih selamat daripada korang habiskan modal dengan sekali transaksi. Kenalah berhati-hati okay!

8. Sentiasa fikir dalam jangka masa panjang

Kalau boleh, memang ramai trader yang nak dapat keuntungan besar dalam masa singkat. Tapi, bayangkan bila dah dapat, korang akan konsisten ke tidak selepas itu?

Jadi, sebaiknya kalau korang sentiasa fikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang. Ini penting lagi-lagi kalau korang ada modal yang kecil. Takkan lah dengan modal kecil, korang boleh capat keuntungan sebanyak USD1,000 dalam beberapa bulan ke? Tak masuk akal lah kan.

Disebabkan korang bermula dengan modal kecil, nak tak nak, perjalanan ke kejayaan itu akan mengambil masa sedikit. Jadi, target keuntungan korang kenalah realistik dengan keadaan. Sekiranya kalau korang bermula dengan modal sebanyak USD100, mungkin dalam beberapa bulan hanya dapat naik sampai USD200 saja. Selang beberapa bulan, naik lagi sehingga USD300 dan USD400. Walaupun lambat, tapi dia konsisten.

9. Pilih broker dan platform forex yang betul

Sekarang ini, ada banyak broker dan platform forex untuk korang pilih dengan baik. Tapi, kenalah cari yang sesuai dengan modal kecil yang korang ada. Kiranya, carilah yang mengikut kemampuan korang sendiri. Janganlah main cari dan guna broker dan platform forex yang memerlukan modal yang besar. Memang tidak sesuailah.

Selain itu, korang kena cari broker dan platform yang ada reputasi yang baik dan dikawal selia oleh badan berkuasa yang kukuh dan dipercayai seperti Financial Conduct Authority (FCA). Alang-alang, korang kena ambil tahu juga syarat trading forex broker korang yang lain seperti leverage, komisen dan kaedah pengeluaran pengeluaran.

Selepas itu, korang bolehlah pilih akaun trading forex yang sesuai dengan modal kecil masing-masing. Kalau modal kecil, admin cadangkan pilih akaun yang ada depositi minimum yang rendah. Semakin rendah yang korang pilih, semakin bagus.

Mungkin korang boleh cuba TIOmarkets

Langkah #1: Daftar akaun dan profil korang

Langkah ini hanya akan mengambil masa korang selama beberapa minit. Selepas korang dah selesai dengan proses ini, kiranya korang telah menjawab segala soalan penting yang ada.

Bila berjaya, kiranya korang dah selamat mendaftar akaun dengan TIOmarkets.

Langkah #2: Buat akaun demo atau trading langsung

Buka dan cipta akaun demo atau trading langsung korang. Di sini, korang boleh pilih platform trading mana yang korang nak guna; sama ada MT4 atau MT5. Baca artikel ini untuk tahu cara trading forex menggunakan MT4.

Selepas korang berjaya cipta akaun demo atau trading langsung, korang akan mendapat emel bukti kelayakan log masuk. Sila semak emel masing-masing.

Langkah #3: Muat turun platform trading

Tunggu apa lagi? Bila dah siap buka akaun demo atau trading korang, boleh muat turun platform trading TIOmarkets dekat mana yang korang nak guna. Ini terpulang korang; sama ada nak muat turun dekat laptop atau telefon bimbit sendiri. Nasihat admin, muat turun dekat tempat yang korang selesa dan konfiden guna.

Langkah #4: Deposit dan pindahkan dana

Sekarang, buka platform trading yang korang pilih. Pergi ke deposit atau deposit dana, pilih kaedah deposit korang dan jumlah yang korang nak letak ke dalam akaun tersebut.

Sebaik sahaja selesai, korang boleh terus pindahkan dana yang diingini terus kepada akaun TIOmarkets. Ini supaya korang boleh terus pindahkan dana yang sama kepada akaun trading forex masing-masing. Tiadalah menyusahkan korang nanti!

Langkah #5: Log masuk dan mulakan trading forex korang

Akhirnya, korang boleh log masuk kepada akaun trading forex masing-masing. Sinilah korang boleh pilih jenis pasangan matawang yang nak digunakan.

Sebaiknya, korang cuba fahamkan setiap servis dan perkhidmatan yang ada dekat akaun trading tersebut. Perkara ini akan menyenangkan segala urusan dan hal korang di kemudian hari nanti.

Jangan lepaskan peluang ini. Daftar akaun VIP Black TIOmarkets korang sekarang!

Secara konklusinya, boleh saja main forex dengan modal kecil

Trading forex ini bukan hanya setakat duit. Ia lebih dari itu dan memerlukan lebih banyak perkara untuk berjaya. Korang anggap saja perjalanan trading forex korang sama macam menaiki tangga. Ada masa korang perlukan langkah yang kecil, ada masa kena langkah besar.

Yang penting, korang sentiasa konsisten dalam transaksi forex korang itu. Kalau boleh, jangan tinggalkan masuk atau tambah duit setiap bulan. Walaupun korang tidak aktif sekalipun, duit yang masih ada dalam akaun trading forex korang masih boleh mengaut keuntungan (cuma tak banyaklah!).

Kalau korang rugi pun, duit yang hilang itu masih tidak melebihi tahap ketahanan risiko diri sendiri. Jadi, tidaklah korang rasa tergamam atau cuak tanpa sebab bila dah berhati-hati dari awal lagi. 

Akhir cerita, korang tak perlu buang masa lagi. Gunakan peluang ini untuk daftar dan buka akaun korang di TIOmarkets. Admin yakin korang akan dapat keuntungan walaupun hanya dengan modal kecil. Dijamin cepat, senang dan mudah!

Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.

Tio blog

FREE
VIEW